Posted by: hartono86 | April 12, 2008

Tanpa Tajuk

Ada apa dengan gambar diatas?

Posted by: Haziq | April 10, 2008

Shift Your Paradigm

Shift Your Paradigm 1/2

Shift Your Paradigm 2/2

Video muzikal ini telah ditayangkan semasa slot PMS 2007, ‘Shift Your Paradigm’ di Beaumanor Hall, Loughborough, UK. Dibahagikan kepada 3 fasa, yang pertama memaparkan cebisan-cebisan masalah yang melanda umat Islam hari ini. Fasa kedua merupakan retrospektif sejarah ringkas Islam dan kegemilangannya yang pernah kita kecapi. Fasa ketiga, kesimpulan dan peranan yang perlu kita hidupkan untuk mengembalikan Islam sebagaimana yang difahami oleh para sahabat 1400 tahun dahulu. Video ini juga telah ditayangkan dalam banyak penyampaian motivasi sama ada di dalam mahupun di luar UK & Eire. Semoga sama-sama mendapat faedah darinya, InsyaAllah..

Posted by: msmnotts | March 27, 2008

Bicara Kembara Spring 2008

Sila download di kotak ‘Bicara Kembara’ di sebelah kanan bawah.

Bicara Kembara Musim Bunga 2008

Posted by: hartono86 | March 27, 2008

Spring Camp UK 08

Posted by: rah1mah | March 26, 2008

The Four Fours

4.jpg

Do you want to get zero?Nothing simpler.Just write:

44-44

What about number 1?Here is the easiest way

44/44

Would you like to see number 2?

4/4 + 4/4

Three even easier

(4+4+4)/4

One expression equal to 4

4+(4-4)/4

If I want to get number 5, no problem

((4×4)+4)/4

Now,we go on to 6

((4+4)/4 )+ 4

A slight alteration in the formula gives us 7

44/4 - 4

To get 8 by means of four fours is easy

4+4+4-4

And number 9 also interesting

4+4+4/4

And now, i show you a beautiful expression for number 10

(44-4)/4

-extract from ‘The Man Who Counted’ by Malba Tahan

(Before somebody telling me, who actually he is, Here is his profile)

Anyone for number 11?

 

Posted by: Ikhwan | March 20, 2008

Figures come to life

Posted by: hartono86 | March 18, 2008

Muhasabah hari ini…

“Wahai Rasulullah! Orang muslimin yang bagaimanakah yang paling afdhal (utama)?” Nabi bersabda: “Orang yang orang-orang Islam yang lain selamat dari lidah dan tangannya.”

(Hadits riwayat Bukhari dan Muslim)

“Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda, seorang Muslim adalah seorang yang apabila orang lain terselamat daripada lidahnya dan tangannya dan seorang mukmin adalah seorang yang apabila orang lain berasa aman daripadanya terhadap jiwa dan harta benda mereka.”

(Riwayat Al-Imam An-Nasaie).

Astaghfirullah……

Tags:

Posted by: muzaji | March 17, 2008

Masihkah anda ingat?

Masihkah anda ingat suatu ketika dahulu… ketika kita mahukan kasut baru, ayah membelikan kasut Bata atau cap ayam* sahaja tetapi boleh berlampu-lampu ketika berjalan. Kita berasa amat terpesona dan gembira. Hati ketika itu tidak cerewet dan mudah dipuaskan.

Masihkah anda ingat suatu ketika dulu… kita seringkali bergaduh dengan kawan-kawan tanpa sebab musabab. Kadang-kadang bergaduh sehingga menangis. Tetapi keesokan harinya, kita kembali ke tadika bermain police sentry bersama kawan-kawan semalam. Kita mudah melupakan peristiwa yang berlaku dan tidak berdendam.

Masihkah anda ingat suatu ketika dulu… menangis kerana dikacau dek abang atau kakak yang kita tidak dikenali. Tetapi terus senyap apabila diberi ‘rasuah’. Kadang-kadang diberi gula-gula, jajan atau didukung. Kita amat mudah memaafkan sesiapa sahaja.

Masihkan anda ingat suatu ketika dulu… apabila diberi gula-gula kita menerima dan mengambilnya tanpa segan silu. Walaupun ia diberi oleh mereka-mereka yang tidak dikenali. Kita mudah mempercayai orang dan tidak buruk sangka.

Masihkah anda ingat suatu ketika dulu… ketika ayah dan ibu membawa kita bermain di taman permainan. Bertemu dengan kawan-kawan baru, bermain pasir dan gelungsur bersama-sama. Walaupun tidak mengenali nama tetapi inilah kawan-kawan kita. Kita mudah bergaul dan mencari teman.

Masihkah anda ingat suatu ketika dulu… bagaimana perasan kita? sentiasa berasa gembira, tiada sebarang masalah, hanya penat bermain sana sini. Belajar pun terasa riang gembira. Kita tidak pernah berasa sedih terhadap apa yang telah berlaku dan tidak risau tentang perkara yang akan berlaku. Kita hanya memikirkan apa yang kita lalui ketika itu sahaja.

Malangnya, apabila kita dewasa segalanya berubah. Kita semakin cerewet dan hati semakin susah dipuaskan. Nak beli pakaian mesti berjenama Adidas, Nike atau Reebok. Barang cap ayam* dah tak layan. Handset mesti ditukar setiap tahun atau setiap kali handset baru keluar walhal handset yang lama masih elok. Semakin lama makin sukar untuk kita bergaul dan menyebabkan kita memilih kawan. Apabila bergaduh memang sukar untuk bermaafan kembali sehingga tidak bertegur sapa berhari-hari. Adakalanya dendam terus disimpan di dalam hati. Kita berasa lebih mudah bersangka buruk dan prejudis terhadap orang-orang di persekitaran kita. Sehinggakan mengumpat menjadi tabiat biasa masyarakat. Perasaan risau dan sedih yang keterlaluan mula menguasai diri kita menyebabkan kita lalai.

gelisah_sedih

Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa gelisah dan sedih

*ASDA Smart Price bukan cap ayam

Belajarlah dari kanak-kanak, perhatikan mereka!!

 

Posted by: Haziq | March 16, 2008

Zaman kita muda2 dulu :)

salam….saje nak kongsi sikit
maybe ade yg dh penah bace
sekadar sedikit hiburan di musim cuti ni
teringat mase kite muda2 dulu yer….. :D

budak2 yg lahir pd thn 80an mesti ingat
mase skola rendah dulu:

- kat skola ade salesman jual buku
cerita. ari ni bg list, esok mintak duit
beli walaupun cerita buku tu dah tau.
salesman susu pon camtu gak.

- kat library, budak2 mmg baca buku tp
just tengok gamba je. bile ade program
Nilam, sebok semua nak pinjam buku.

- RMT kat skola mkn x best, tp yg
berduit pon join RMT, x phm….

- pakai pensel box yg bole bukak dpn
blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.

- main lwn pemadam, syg nak guna utk
padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam!

- pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm
ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.

- cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade
pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu
pgg pon kat situ.

- bulu ayam jd ramping krn sering
dijadikan rotan.

- time pendidikan seni, lukis sume boleh
tp bile time kaler sume hampeh. ade gak
buat anyaman pakai kertas warna, kolaj
la, ape la…

- main game 2D. super contra, super
mario, street fighter, sume pakai tape.

- jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole
tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.

- takut BCG tp lepas inject poyo la pulak…

- balik skola beli JoJo xpon Dendang.
Tora pon best gak. Beli se mata2 nak
mainan, coklat die x mkn pon.

- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die
kat tV bole tembak alien tu…

- Siri kartun; power rangers, ultraman,
transformers, ninja turtles,
Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.

jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x
smpt lyn bende2 ni. kite akan sentiasa
berubah, cume asal-usul kite yg
permanent. huhu~

Posted by: rah1mah | March 15, 2008

Secebis kisah di sebuah perang…

aac.jpg Gambar:Hiasan

Secebis kisah ketika di Perang Ahzab

Rujukan: Surah Al-Ahzab, ayat 21

21. “Sesungguhnya pada Rasulullah itu terdapat contoh teladan yang baik bagi kamu, iaitu bagi mereka yang mengharapkan keredhaan Allah dan keselamatan pada hari Akhirat dan banyak mengingati Allah.”


Walaupun di dalam suasana yang amat mencemas, susah dan letih lesu ini,
namun Rasulullah s.a.w. tetap merupakan sumber keamanan, keyakinan, harapan
dan ketenangan kepada kaum Muslimin. Pengkajian terhadap sikap Rasulullah
s.a.w. di dalam menghadapi peristiwa peperangan al-Ahzab yang besar ini boleh
memberi pedoman dan panduan kepada para pemimpin jama’ah dan pergerakan
(da’wah Islamiyah). Ia memberi contoh tauladan yang baik kepada mereka yang
mengharapkan keredhaan Allah dan balasan yang baik pada hari Akhirat, juga
kepada mereka yang menunjukkan contoh yang baik dan mengingati Allah tanpa
melupakan-Nya.

Eloklah kita mengetahui serba sedikit tentang sikap Rasulullah s.a.w. ini
sebagai contoh, kerana kita tidak dapat menghuraikannya dengan terperinci di
sini.

Rasulullah s.a.w. keluar menggali parit pertahanan bersama-sama kaum
Muslimin. Beliau memotong dengan kapak, menyodok tanah dengan penyodok
dan mengangkut tanah dengan keranjang-keranjang. Beliau turut menyanyikan
sajak bersama mereka dengan suara yang tinggi semasa bekerja. Mereka
menyanyikan sajak-sajak yang bersahaja yang digubah dari kejadian-kejadian
yang berlaku. Misalnya ketika itu ada seorang Islam bernama Ju’ayl. Rasulullah
s.a.w. tidak sukakan nama ini, lalu mengubahkannya kepada nama ‘Amr. Lalu
orang-orang Muslimin yang berkerja menggali parit itu mendendangkan beramairamai
sebuah sajak mengenainya yang bersahaja

Beliau menukar namanya
Dari Juayl kepada Amr

Setiap hari ada sahaja Beliau menolong si malang derita
Apabila mereka mendendangkan kata-kata “Amr Rasulullah s.a.w. turut
meningkah ‘Amran’. Begitu juga apabila mereka mendendangkan kata-kata “Zah”
beliau turut meningkah “Zahran”.

Di sini dapatlah kita gambarkan betapa mesranya suasana ketika itu, di
mana kaum Muslimin bekerja keras (menggali parit) dan Rasulullah s.a.w turut
serta memotong dengan kapak, menyodok tanah dengan penyodok-penyodok,
mengangkut tanah dengan keranjang-keranjang dan menyanyikan sajak ini
bersama-sama mereka. Di sini juga dapat kita gambarkan bagaimana hebatnya
suasana mesra ini melepaskan tenaga dan semangat di dalam jiwa mereka,
mencurahkan perasaan sukarela, keghairahan, keyakinan dan kebanggaan di
dalam hati mereka.

Ketika itu Zaid ibn Thabit berada dalam kumpulan yang bertugas
mengangkut tanah. Rasulullah s.a.w. telah memujinya, “Dia seorang belia yang
amat bagus”. (Pada suatu hari) dia mengantuk dan terus tertidur di dalam parit.
Udara ketika itu sangat dingin, lalu ‘Umarah mengambil senjatanya tanpa
disedarinya. apabila dia tenjaga dia terkejut, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Wahai Abu Ruqad (pak tidur) Engkau tidur hingga senjata engkau hilang entah
ke mana.”

Kemudian beliau bertanya: “Siapa tahu di mana senjata anak muda ini?
Jawab ‘Umarah, “Wahai Rasulullah s.a.w.! Senjatanya ada pada saya. Ujar beliau:
“Pulangkan senjata itu kepadanya.” Kemudian beliau melarang mereka supaya
jangan menakut-nakutkan orang-orang Islam dan bergurau dengan mengambil
barang-barang kepunyaan mereka.

Peristiwa ini menggambarkan betapa mata dan hati Rasululiah s.a.w.
sentiasa waspada dan ingat kepada setiap orang yang ada di dalam barisan
perjuangan sama ada muda atau tua, juga menggambarkan semangat gurau senda
yang manis dan mesra (sebagaimana tersemat dalam kata-kata beliau kepada Zaid
ibn Thabit): “Wahai Abu Ruqad! (pak tidur) Engkau tidur hingga senjata engkau
hilang entah ke mana”. Pada akhirnya peristiwa ini juga menggambarkan keadaan
suasana mesra, di mana kaum Muslimin hidup di bawah naungan Nabi mereka
dalam masa yang amat genting itu.

Di samping cerita-cerita Rasulullah s.a.w. yang gemilang itu dapatlah pula
kita tokokkan dengan cerita Huzayfah yang pulang dari tugas meninjau keadaan
bala tentera gabungan. Dia sedang dalam keadaan yang amat sangat sejuk,
sedangkan Rasulullah s.a.w. ketika tu sedang mendirikan solat dengan
berselimutkan kain lepas panjang salah seorang isterinya. Tetapi walaupun beliau
sedang bersembahyang dan berhubung dengan Allah, namun beliau tidak
membiarkan Huzayfah menggelentar kesejukan hingga beliau selesai sembahyang,
malah beliau menarik Huzayfah di antara dua kakinya dan campakkan hujung
kain lepas itu kepada Huzayfah supaya dia berselimut dengannya sementara
beliau meneruskan sembahyangnya hingga selesai, lalu Huzayfah pun
menyampaikan berita (pergerakan angkatan musuh) itu kepada beliau. Di
menyampaikan berita gembira itu kepada beliau yang telah pun mengetahui berita
itu dengan hatinya. Kemudian beliau mengirim Huzayfah untuk menghebohkan
berita ini kepada kaum Muslimin.

Cerita-cerita mengenai keberanian Rasulullah s.a.w., ketabahan dan
kecekalan beliau dalam menghadapi keadaan yang ganas itu adalah jelas di
sepanjang kisah peperangan itu. Kita tidak perlu lagi menyalinkan cerita-cerita itu
di sini kerana ia sangat masyhur.

-Tafsir Zilal ayat pilihan karangan As Syahid Syed Qutub

 

 

“Sesiapa yang ingin mencontohi seseorang ,maka ambillah contoh daripada mereka yang telah meninggal dunia. Kerana orang yang hidup belum terjamin kesudahan hidupnya”(Kata-kata salaf)

 


 

« Newer Posts - Older Posts »

Categories