Posted by: sendayu | May 28, 2008

Jaulah Cambridge

Assalamualaikum,

Ana hendak berkongsi pengalaman kami berlima ( Abg Nazri – mas’ul jaulah, Ijam – setiausaha xrasmi, Mat – co-pilot, Arsyad – punter terbaik dan Hazwan – pendayung bersemangat) di Cambridge bumi perkumpulan cendikiawan masa kini.

Apa yang ana maksudkan dengan bumi cendikiawan adalah kerana Cambridge sepertimana yang antum semua ketahuan, mempunyai reputasi yang sangat tinggi dari segi akademiknya dimana lahirnya ramai tokoh barat yang telah membawa perubahan kepada dunia. Dibumi ini kami telah pelajari banyak perkara dan berjumpa dengan orang2 yang mantap2.

InsyaAllah ana mulakan dengan setibanya kami di bilik akh Abg. Muhammad di college kediamannya St Edmund College, kami telah disambut dengan seukir senyuman dari akh Abg. Muhammad kemudiannya kami dipelawa masuk kedalam collegenya untuk santapan malam yang telah disediakan.. Alhamdulillah

Abg. Muhammad

Sebelum tiba ke bilik akh Abg. Muhammad, kami berjumpa dengan jirannya bernama Shehu, seorang muslim dan juga ahli Fizik dari Nigeria yang kini sedang buat phD dalam String Theory di Cambridge. Ana pada mulanya terkejut apabila mengetahui dihadapan ana adalah seorang yang sedang mengkaji suatu yang sangat hangat diperkatakan dalam dunia fizik. Ana bersyukur kerna berpeluang untuk berjumpa dan mengenali beliau.

Pada malam itu kami diberi pengisian oleh akh Abg. Muhammad selepas sesi taaruf. Pengisian akh Abg Muhammad menyentuh banyak aspek dari Tujuan Hidup, ISK, Pengislahan, 7 Marhalah Dakwah, Siapa Pemuda dan Peranan Pemuda. Pengisian yang diberikan sedikit sebanyak telah membuka mata kami tentang peranan kami sebagai seorang pemuda dan kepentingan kami dalam dakwah.

Keesokkannya hari tidak begitu memberangsangkan.. sehari hujan di Cambridge, kami bersarapan di Dinning Hall college akh Abg. Muhammad. Merasa juga lah kami makanan orang Cambridge (akh Abg. Muhammad belanja).. kami kemudiannya redah juga gerimis yang turun untuk ke tempat mengambil boat punting (St John College)… kami pada mulanya mengalami masalah mengendali boat tersebut (semua xreti).. selepas seketika kami pun mulalah perjalanan kami berpunting di Cambridge meredah hujan… pergerakan kami yang seperti Brownian Motion telah mendapat perhatian ramai dan kami telah menjadi agak famous pada hari tersebut.. huhu..(ramai pulak yang amik gambar kami) pengalaman berpunting sangat menyeronokkan dan letih.. InsyaAllah lepas nh kena buat kelas cara2 nak handle punting hehe…

Lepas 3jam membanting tulang 2 kerat mengerah tenaga dan keringat menolak boat punting melawan arus dan angin kuat yang melanda, kami tiba semula ke St John College, diatas boat punting tersebut sebelum tiba ke college, kami telah sama2 berkongsi pendapat tentang conclusion yang kami dapat dari aktiviti berpunting.. kami mendapat reaksi dari jawapan banyak dari Arsyad dan Hazwan.

Kami kemudiannya berjalan2 disekeliling town sambil melihat suasana yang damai dan permai Cambridge. Akh Abg. Muhammad menunjukkan kami college2 famous dan kaya di Cambridge dan tempat pengambaran Harry Potter. Kami kemudiannya melawat museum dan college kediaman Tunku Abdul Rahman ketika beliau sedang belajar di Cambridge. Setelah penat berpusing2 dalam town kami dibawa ke luar bandar untuk mendapatkan makanan halal.. Terdapat sebuah masjid yang berdekatan, dimasjid tersebut selepas kami solat, datang 2 orang tabligh menyapa kami. Kami pun mendengar tazkirah yang diberikan oleh tabligh tersebut.. yang menariknya, apa yang dikongsi oleh saudara tabligh tersebut merupakan konsep2 berDF yang sangat simple untuk dilakukan tetapi kita xsedar.. apa yang terkesan adalah kata2nya “You are here, chosen by Allah is for a purpose. Your degree is number 2, you are here is to spread the words La ila ha illallah.” MasyaAllah…

Selepas sesi kami bersama saudara tabligh tersebut, kami pulang semula ke college akh Abg. Muhammad untuk berehat. Kami kemudian pulang semula ke Notts selepas bersalaman dengan akh Abg Muhammad.

Ana personally sangat bersyukur mendapt peluang untuk pergi berjaulah bersama2 ke Cambridge.. Alhamdulillah
banyak yang ana pelajari ketika di Cambridge dan insyaAllah ana harap dapat dikongsikan bersama dengan antum semua… InsyaAllah ini sedikit sebanyak apa yang ana dapat berkongsi dengan antum.. harap dapat dimanfaatkan..


Responses

  1. kene dengar pengalaman directly baru best ni, org cakap words cannot describe what you feel… hu hu

    trimas for sharing

  2. Salam. saudara.
    Boleh saya panggil bro?
    okey, saya sokong dengan cara penyampaian bro, cume kadang kala saya terfikir juga….
    sudah ramai yang mempunyai pandangan seperti bro (means ramai gak blog2 ilmiah begini) tapi saya tak nampak usaha tu dibawa ke bahagian or kementerian2 tertentu.. bile saya fikirkan balik.. mungkin leceh .. tapi bukan ke itu juga salah satu cara kita berjihad.. emm. mungkin itu idea saya saya kerana saya lihat bro bijak dalam membandingkan dimensi dunia lain dengan malaysia… cume bagaimana kita nak membantu mengubah cara kehidupan dan pemikiran kita yang lebihkan dunia semata-mata.. ini yang saya rasakan bro dan sahabat lain perlu sama2 fikirkan. walau ape pun, tahniah diatas usaha anda dalam memartabatkan islam biar jauh beribu batu pun…. Salam.


Leave a response

Your response:

Categories