Posted by: fiesya | March 14, 2008

Matematik Allah

                        matawang.jpg

” kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yg dilahirkan untuk manusia,(kerana kamu) menyuruh yg ma’ruf dan mencegah yg mungkar dan beriman kepada Allah…” (Al-Imran:110)

 

Bertepatan dengan ayat di atas, Islam mengajar penganutnya membuat sebanyak kebaikan sewaktu hidup di dunia ini. Tidak kiralah samada kebaikan yang dikerjakan itu berupa amalan wajib mahupun amalan-amalan sunat. Dan Allah pasti akan membalas setiap kebaikan yang dikerjakan itu dengan diberikan pahala walaupun sebesar zarah sekalipun.

Setiap satu kebaikan akan dibalas 10 hingga 700 manakala satu kejahatan pula akan dibalas satu. Persoalannya berapakan nilai 10 yang dimaksudkan itu? Adakah RM10 atau USD10 atau EURO10? Tiada siapa mampu menjawabnya. Kerana di sisi Allah 10 mungkin bermakna USD1juta atau mungkin USD100 billion atau mungkin USD1,000 trillion atau mungkin tak ternilai dengan keseluruhan alam ciptaanNya. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Apa yang penting semasa hayat di kandung badan buatlah kebajikan sebanyak mungkin kerana sebaik sahaja nyawa dicabut dari jasad maka tiada apa lagi yang penting ketika itu melainkan pahala. Di akhirat nanti masing-masing akan menuntut pahala yang telah dikerjakan semasa di dunia dulu walaupun sebesar zarah sahaja kerana ia amat bernilai di sana.

Jadi tekadkan di dalam hati muai hari ini jika anda nampak apa-apa sahaja peluang berupa kebaikan, rebutlah secepat mungkin tak kiralah samada ianya berupa membuang sampah, menolong orang tua melintas jalan atau memberi senyuman, lakukanlah… kerana masa sebenarnya sudah singkat!

Renung-renung dan fikir-fikirkanlah…


Leave a response

Your response:

Categories