Posted by: fiesya | February 26, 2008

Ambil risiko kerana saudara yg dizalimi..

Photobucket

Gambar di atas saya kira amat unik. Pemuda di dalam gambar tersebut adalah pemain bola kebangsaan Mesir bernama Muhammad Abu Tarikah. Beliau adalah pemain kebangsaan Mesir dari Kelab al-Ahli (kelab bola yang paling mendapat tempat di dalam hati penduduk Mesir). Pemuda kelahiran Giza ini adalah penyerang utama pasukan bola kebangsaan Mesir.

Perbuatan ini dirakamkan di dalam satu perlawanan bola sepak ketika Mesir menentang Sudan di kejohanan piala Afrika ke 26 pada 27 Januari 2008 yang lepas. Beliau mengangkat baju dan mempamerkan slogan simpati kepada penduduk Ghaza selepas menjaringkan gol kedua di dalam perlawanan tersebut. Walau pun dilayangkan kad kuning selepas perbuatannya itu, beliau masih bersemangat dan terus mengasak pasukan Sudan lalu berjaya menyumbat gol ketiga pada separuh masa kedua perlawanan tersebut. Mesir menang ke atas Sudan 3/0 dalam perlawanan tersebut.

Subhanallah ….

Tindakan Abu Tarikah sudah semestinya berisiko tinggi bagi seorang pemain bola yang mencari rezeki melalui sukan tersebut. Semua maklum bahawa mengambil kesempatan di padang untuk memprovokasikan isu-isu sensitif seumpama ini bertentangan dengan undang-undang FIFA. Abu Tarikah beruntung kerana keberaniannya telah menarik simpati ramai pihak kepadanya lalu beliau terselamat dari dikenakan tindakan.

Mungkin kerana keberkatan perbuatan itu atau mungkin juga kerana doa penduduk Ghaza kepada pasukan Mesir, Mesir sekali lagi menjuarai Piala Afrika setelah mengalahkan Cameroon dengan jaringan 4/2.

Di Ghaza sekarang ini, penduduknya mula menamakan piala perlawanan bola mereka dengan nama Piala Abu Tarikah. Di samping itu baju-baju yang dipakai oleh anak-anak muda Palestin di Ghaza mula dicetak dengan wajah Abu Tarikah.

 

*** Dipetik daripada blog seorng ustaz***


Responses

  1. salam

    Mesir menang final lawan cameroon 1-0 bukan 4-2….4 tahun lepas menang jugak..mase tu isu kartun Nabi s.a.w..player buat bende yg same..tunjuk tulisan kt baju..”Untuk mu Rasulullah”..

    mesir oh mesir..


Leave a response

Your response:

Categories